Saturday, May 16, 2009

16 May Setiap Tahun

Pada tanggal 16 May setiap tahun, keperihatinan seorang guru disambut dengan penuh gemilang. Guru memang sepatutnya di rai dengan penuh gemilangnya kerana guru lah pemangkin pembangunan anak bangsa. Sambutan hari Guru tahun ini bertamakan Guru Pembina Negara Bangsa.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU


logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Guru. Penat lelah anda dihargai dan di berkati. Terima Kasih Cikgu.

Tuesday, January 27, 2009

Premier League Title

Manchester United akan memenangi title liga Inggeris untuk musim ini. Ini disebabkan konsistennya pasukan ternama ini sejak kebelakangan ini. Sekarang, MU telah berjaya memintas Liverpool yang dahulunya mendahului pasukan lain. MU mempunyai banyak kelebihan untuk mendapat gelaran besar ini. Sebelum ini pun MU telah banyak kali memenangi gelaran ini yang telah mendapat bimbingan manager berasal dari Scotland. Ini telah membuatkan pasukan bimbingan Sir Alex tidak mempunyai masalah untuk mendapatkannya dan beliau juga adalah seorang yang cukup matang tentang kejuaraan liga ini. Hal ini tidak ada masalah untuk kelab besar ini mencipta nama. Saya juga mengharapkan pasukan ini mendapatkan kelima-lima kejuaraan trofi. Walaupun Liverpool dan Chelsea mempunyai pemain yang bagus, Man Utd pasti memenangi kejuaraan ini. Saya juga mengharapkan Aston Villa mendapat tempat untuk empat terbaik dalam liga Inggeris ini. Mereka menampakkan kesungguhan untuk menyaingi kelab-kelab ternama ini.

Thursday, December 25, 2008

51 Percent Equity IJN

Pengumuman Sime Darby BHD untuk mengambil alih 51 peratus ekuiti dalam penguasaan IJN Holding Sdn Bhd baru-baru ini memeranjatkan seluruh rakyat Malaysia. Institusi Jantung Negara juga dikenali sebagai IJN ini terletak bersebelahan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Jalan Tun Razak. IJN telah ditubuhkan pada 1992 dan diuruskan sepenuhnya oleh IJN Holding, salah satu syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.


Sejak ditubuhkan, IJN telah mencatat kejayaan pada peringkat antarabangsa dengan melakukan pembedahan enkosdopi yang pertama di Asia dan Australasia bagi merawat fibrilasi atrium. Lebih membanggakan lagi kejayaan IJN ini diteruskan lagi apabila ia telah menjadi satu-satunya pusat rawatan jantung di Asia Pasifik yang terpilih untuk pelancaran prosedur kardiologi intervensi pada persidangan yang telah berlangsung di Paris, Perancis. Ia juga telah menjadi institusi pertama di dunia melakukan pembedahan jantung insisi poket yang menggunakan pembaikan atau penggantian injap mitra port jantung.


Sehubungan dengan pegumuman pengambilalihan ekuiti tersebut. Ramai tokoh-tokoh besar menyatakan pendapat mereka termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad:


1. I have always been for privatisation. In fact privatisation started during my time. People know all about the Government companies, departments and functions which were privatised. Some were successful, some were not. But I don't think people know about privatisation proposals which had been rejected. I know about them because the proposals were studied carefully before they were rejected. There were reasons of course but there was no necessity to make public the rejections or the reasons.

2. With regard to the Institut Jantung Negara, I must say I have a personal attachment to it. I don't think I need to explain why. The IJN is really the institution that is physically closest to my heart.

3. IJN is a unique institution. It started as a Government department but the Government felt that it was unfair to put the staff on Government pay scheme. So it was corporatised. As a corporate body it has been successful in giving the people good service. It is one institution that has not been subjected to criticisms and vilifications by the press or the public as most other institutions have been. We often hear of its many "firsts" and we are proud of them.

4. The doctors and nurses are very well trained and efficient. During the 50 days I was hospitalised there I never heard them complain about their salary or how they have been treated. They seem to me to be a happy lot. They are not mercenary, thinking only of their pay. I think they love their work; they love to see their patients recover and go back to normal, especially their transplant patients.

5. The service they provide is excellent. People usually complain about their personal grouses to me. But not a single patient, rich or poor that I have met has voiced complaints to me or to the people I know about their bad experience with IJN.

6. Maybe I am biased because I owe my life to IJN. But I think as a corporatised institution the IJN has done extremely well.

7. If it is going to give the same service to civil servants and pensioners the Government will have to pay out the same amount of money after privatisation. How does the Government gain? Besides if the poor are going to be charged the same low fees and charges how does Sime Darby make money? Or will the Government continue to subsidise an ever growing bill for treatment of the poor? If so why is there a need to privatise? How does Sime Darby, a business entity make money when 80 per cent of the patients are poor?

8. Some of the major surgeries performed there are so costly that the IJN lost money on them. Will Sime Darby shoulder these losses?

9. There are far too many questions about this privatisation which need to be answered. Some I think cannot be answered.

10. I seldom oppose privatisation but this is one instant when I feel privatisation is the wrong thing to do.

11. Leave this institution as it is. It is our pride and it is doing a good job as it is.

12. The Barisan Nasional Government is not too popular today. Why do something that may give the opposition another issue to belabour the Government.

IJN PRIVATISATION posted by Tun Dr Mahathir Mohamad



Secara umumnya, pemindahan ekuiti ini akan membebankan rakyat. Walaupun ada banyak perkara positif, kerajaan sepatutnya sentiasa memikirkan tentang kebajikan rakyat. Rakyat akan menanggung bebanan bayaran yang cukup tinggi dan ini juga akan menjejaskan perspeksi rakyat kepada kerajaan. Hal-hal demikian haruslah mendapat perhatian kerajaan agar rakyat tidak akan memprotes usul-usul yang di kemukan .

Sunday, November 30, 2008

Cemuhan Kepada Dasar Agama

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa amalan Yoga adalah bertentangan dengan Islam , dan orang Islam haram mengamalkannya. Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan terdiri daripada tokoh-tokoh berwibawa dan setelah mendapat pandangan semua pihak termasuk profesional, fatwa berkenaan sesuatu perkara di keluarkan untuk panduan umat Islam di Malaysia. Setiap fatwa yang dikeluarkan, ianya bertujuan menjaga kemurnian umat Islam dari aspek aqidah, syariat, muamalat dan akhlaknya. Ahli majlis fatwa ini pula membuat kesimpulan berkenaan sesuatu perkara berdasarkan sumber Islam yang autentik iaitu al Quran, hadith , ijma’ ulama dan qias. Orang Islam yang taat tidak akan membantah kecuali dalam persoalan furu’ yang memungkinkan mereka ada pendapat dan pandangan lain

Pengeluaran fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bukan perkara baru malah banyak sudah fatwa yang dikeluarkan. Semua rakyat boleh faham bidang kuasa majlis fatwa dan sasaran fatwa yang dikeluarkan. Misalnya fatwa haram bertafakur di Tugu Peringatan Negara. Tentunya fatwa ini bercanggah dengan amalan orang bukan Islam kerana amalan tersebut tidak ditegah oleh agama mereka. Begitu juga jika ada orang Islam sendiri yang keliru bertafakur di tugu peringatan tersebut, ia dianggap melakukan dosa dalam Islam. Perkara haram atau tegahan penganut bukan Islam ditentukan oleh agama mereka sendiri . Mereka boleh melakukan atau tidak melakukan sesuatu mengikut tuntutan agama mereka masing-masing. Mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan untuk orang Islam oleh badan Islam yang autentik adalah peristiwa malang dalam konteks hubungan kaum di Malaysia..

Persoalan ini sepatutnya tidak menjadi asas yang boleh mengeruhkan keharmonian hubungan kaum. Apabila segolongan orang bukan Islam mempertikaikan fatwa ini, mereka sebenarnya mencalar dan mencabar nurani semua penganut Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Umat Islam tidak mahu sesiapa mempersoalkan keyakinan mereka dalam beragama sebagaimana mereka tidak pernah untuk mempertikaikan amalan agama lain. Islam mempunyai batas sempadan yang jelas untuk mencampuri urusan agama lain. Malah Islam mengharamkan penganutnya mencela agama lain kerana Islam tidak mahu orang lain mencela agama mereka. Kita menjadi keliru dan kecewa bila golongan cerdik pandai dalam beberapa pertubuhan – NGO yang celupar walau atas apa alasan sekalipun untuk mempertikaikan ajaran agama orang lain. Jelasnya, amat dangkal untuk mencari pengaruh di atas kegundahan dan kekecewaan sesuatu kaum dan penganut sesuatu agama, Lebih malangnya untuk mengadai keharmonian dan hubungan yang baik di antara kaum dan agama di Malaysia untuk sebuah kebebasan yang belum pasti.

Paling mengecewakan kita ialah kegagalan pihak pemerintah untuk mengawal situasi ini. Dalam sejarah lebih 51 tahun merdeka kita tidak pernah melihat kelemahan pemerintah yang di ketuai oleh Umno/Barisan Nasional untuk menangani masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 yang agak kritikal dapat diselesaikan dengan cara yang agak baik. Kelemahan pemerintah menyebabkan orang yang berkepentingan cuba mengambil kesempatan. Hal ini mungkin berlaku akibat daripada kekecewaan pilihan raya umum ke 12, bukan alasan pemimpin untuk bertolak ansur dalam perkara yang boleh menyebabkan kemusnahan dan kehancuran total kepada Malaysia. Memenuhi setiap tuntutan sebelah pihak tidak menjamin pihak lain berpuas hati dan lazimnya senarai tuntutan akan sentiasa lebih panjang dan tidak pernah bertemu titik. Kebidaban dan kerakusan selalu mendesak rasional dan tolak ansur. Kebijaksanaan pemimpin adalah perlu untuk menentukan siapa mendapat apa, bila dan bagaimana. Pokoknya kesemua rakyat merasa dilayan secara lebih saksama.

Thursday, November 27, 2008

Aku Blogger!

Hari ini detik bersejarah bagi aku kerana berpeluang untuk menulis sesuatu kepada umum dengan cara aku sendiri. Insyallah dengan masa yang terluang dan ilmu yang serba sedikit ini, aku akan cuba sampaikan perkara-perkara yang boleh mendatangkan manfaat kepada semua insan. Dalam masa yang sesuai ini, aku dengan rela hati mengharap kepada pembaca mengutus kritikan yang membina. Dengan ini, aku akan sentiasa peka dengan setiap penulisan aku akan datang. Terima Kasih kepada Umum...


Dari Abdullah bin Amru Rasulullah s.a.w.
bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah" (Riwayat Abu Daud & Tarmizi)



Selamat Datang ke...

Thunami blog!