Saturday, May 16, 2009

16 May Setiap Tahun

Pada tanggal 16 May setiap tahun, keperihatinan seorang guru disambut dengan penuh gemilang. Guru memang sepatutnya di rai dengan penuh gemilangnya kerana guru lah pemangkin pembangunan anak bangsa. Sambutan hari Guru tahun ini bertamakan Guru Pembina Negara Bangsa.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU


logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Guru. Penat lelah anda dihargai dan di berkati. Terima Kasih Cikgu.

Tuesday, January 27, 2009

Premier League Title

Manchester United akan memenangi title liga Inggeris untuk musim ini. Ini disebabkan konsistennya pasukan ternama ini sejak kebelakangan ini. Sekarang, MU telah berjaya memintas Liverpool yang dahulunya mendahului pasukan lain. MU mempunyai banyak kelebihan untuk mendapat gelaran besar ini. Sebelum ini pun MU telah banyak kali memenangi gelaran ini yang telah mendapat bimbingan manager berasal dari Scotland. Ini telah membuatkan pasukan bimbingan Sir Alex tidak mempunyai masalah untuk mendapatkannya dan beliau juga adalah seorang yang cukup matang tentang kejuaraan liga ini. Hal ini tidak ada masalah untuk kelab besar ini mencipta nama. Saya juga mengharapkan pasukan ini mendapatkan kelima-lima kejuaraan trofi. Walaupun Liverpool dan Chelsea mempunyai pemain yang bagus, Man Utd pasti memenangi kejuaraan ini. Saya juga mengharapkan Aston Villa mendapat tempat untuk empat terbaik dalam liga Inggeris ini. Mereka menampakkan kesungguhan untuk menyaingi kelab-kelab ternama ini.